|  Friday, November 17, 2017   
Permohonan Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa   
 
Login Untuk Staf|   Carian
Cara Buat Permohonan


Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Klik: Permohonan Kemasukan
  2. Sila Muatnaik Dokumen Sokongan seperti di bawah: 
    1. Salinan Kad Pengenalan Calon (salinan yang disahkan),
    2. Salinan kad OKU (salinan yang disahkan, jika pemohon OKU sahaja)
    3. Salinan Sijil SPM/setaraf (salinan yang disahkan),
    4. Salinan Sijil Akademik  Diploma/Matrikulasi/STPM/STAM atau Surat Pengesahan Tamat Pengajian (salinan yang disahkan),
    5. Salinan Transkrip lengkap atau Audit Penganugerahan (salinan yang disahkan),
    6. Salinan Keputusan MUET (salinan yang disahkan)
    7. Salinan Resit Pembayaran Wang Proses,
    8. Gambar Pasport berlatar belakang warna biru (baju berkolar, tidak berambut panjang bagi lelaki),
    9. Surat Sokongan Majikan (sekiranya bekerja), dan
    10. Resume (termasuk menyatakan pengalaman berkerja)

    Pastikan dokumen sokongan yang dimuatnaik boleh dibaca.
    Sekiranya terdapat masalah untuk memuatnaik dokumen sokongan tersebut,
    sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar, Biasiswa dan Alumni ditalian 07-5211012.

  3. Hanya PERMOHONAN berserta DOKUMEN SOKONGAN yang lengkap sahaja akan diproses.